Friday, April 12, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019 pada 9-April-2019.

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019 pada 9-April-2019.



Saya bangun untuk menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019.



Tuan Speaker,



Saya mendengar dengan teliti dan juga membaca rang undang-undang ini dan mengambil maklum bahawa rang undang-undang ini juga terpakai untuk di dalam dan di luar Malaysia dan antara seksyen 9(1) “Mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah membayar levi pelepasan” yang kena baca bersama dengan seksyen 31, “Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik levi”.



Beberapa persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah tentang persoalan dan juga pertanyaan daripada industy player dan juga kalangan-kalangan penduduk.  Saya ingin membangkitkan isu tentang ASEAN Tourism Agreement tahun 2002.



ASEAN Tourism Agreement ini ditandatangani di Phnom Penh, Cambonia pada 4 November 2002.  Dalam perjanjian itu ditandatangani oleh 10 buah negara ASEAN, kesemua 10 buah negara ASEAN dan termasuk Malaysia.  Dalam perjanjian ASEAN Tourism Agreement 2002 ini, ada 12 artikel dengan tujuan untuk menggalakkan intra-ASEAN travel, pelancongan ataupun lawatan di kalangan ahli-ahli ASEAN.  Pada satu artikel yang saya rasa saya kena baca, yang penting ialah artikel tentang enam poin facilitation, Recalling the Manila Declaration 1987, poin nombor tiga iaitu phasing out travel levies and travel taxes on ASEAN Members States travelling to other ASEAN Members states.



Perjanjian ini bahasa Inggeris iaitu dalam enam poin facilitation ini, satu poin important iaitu tentang travel levies and travel taxes kena phasing out.  Kena keluar secara, kena kurangkan, kena hapuskan travel levies and travel taxes, cukai levi ini di kalangan negara ASEAN secara berperingkat-peringkat.  Phasing out, perkataan yang digunakan ialah phasing out, dikurangkan secara berperingkat dan dihapuskan pada akhirnya.



Untuk kita yang selalu melawat ke luar negara, kita masih ingat beberapa tahun lalu apabila kita tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.  Apabila kita keluar daripada Soekarno-Hatta Airport, kita kena bayar departure levy beberapa tahun lalu,  Akan tetapi sekarang negara Indonesia telah hapuskan levi tersebut sejajar dengan agreement ataupun ASEAN Tourism Agreement 2002.



Oleh itu, saya ingin menanyakan sama ada kita memikirkan tentang aspek ini?  Apakah tindakan kita apabila terdapat reciprocate effect daripada negara-negara ASEAN lain?  Apabila kita kenakan kepada departure levy ini, adakah negara-negara lain akan juga mengenakan levi tersebut ke atas pelancong-pelancong Malaysia yang keluar daripada lapangan terbang negara-negara tersebut?  Itu soalan saya.



Saya rasa kita sedia maklum bahawa pelancong-pelancong membuat banyak bayaran selain daripada tambang kapal terbang.  Kalau kita buat booking hendak terbang ke sebuah negara asing, dalam tiket tersebut, dalam resit tersebut selain daripada tambang kapal terbang yang kita bayar kepada syarikat MAS, kepada syarikat AirAsia, syarikat-syarikat penerbangan ada tambahan lagi airport tax yang kita kena bayar.  Ada tambahan lagi MAVCOM fees yang kita kena bayar.  Tambahan lagi kalau diluluskan levi pelepasan ini, tambahan levi pelepasan ini juga akan memberikan impak kepada golongan mereka yang selalu travel.



Saya rasa tentang Seksyen 9(1) ini saya perlu penjelasan lebih lanjut daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana “Mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah membayar levi pelepasan”.  Dalam legislative terms ini, ia amat luas sekali.  Kalau orang Pulau Pinang yang selalu pergi ke Thailand, sempadan Thailand pada hujung minggu, adakah mereka tertakluk kepada cukai ini?  Walaupun mereka menggunakan kereta sendiri, mereka berjalan kaki ke Bukit Kayu Hitam dan sebagainya.  Adakah kerana intention legislation ini amat luas.  Ia bukan sahaja jepada kapal terbang tetapi kepada kenderaan, pejalan kaki.  Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana ramai orang Kedah, orang-orang Perlis, orang-orang Penang melancong ke Thailand, sempadan Thailand setiap hari minggu.



Tuan Speaker,



Saya rasa satu perkara yang ingin saya bangkitkan juga, iaitu statistic tourism growth.  Saya ingin memetik satu statistic tahun 2017 terdapat negara-negara ASEAN lain mencatatkan pertumbuhan yang positif dari segi pelancong Singapura tambahan enam peritus, Filipina sebelas peratus, Vietnam dua puluh sembilan peratus, Thailand sembilan peritus, Indonesia dua puluh dua peritus dan Malaysia minus three percent in terms of international tourist arrival, kadar pertumbuhan pada tahun 2017.



Saya khuatir bahawa sekiranya kita mengenakan departure levy tax yang terlalu tinggi akan menyebabkan Malaysia kurang menarik dari segi pelancongan. Jadi, apakah usaha-usaha, apakah kita gunakan departure levy ini untuk kegunaan ini?  Adakah ia apabila kita kutip berjuta-juta wang ini, ia akan juga disalurkan balik kepada tourism industry untuk memperbaiki infrastruktur ataupun menaiktaraf tempat peranginan ataupun membuat lebih banyak publisiti ataupun promotion dan sebagainya.  Saya perlu satu penjelasan yang lebih lanjut daripada Yang Berhormat Menteri



Oleh itu seperti saya bangkitkan beberapa cabaran dan juga kekhuatiran yang ditumbulkan.  Oleh itu saya barangkali Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan penjelasan lebih lanjut supaya departure levy ini apabila dikenakan nanti dapat menggunakan levi ini dengan baiknya untuk memperbaiki infrastruktur kita, untuk membuat lebih banyak promosi terhadap pelancongan dan jadikan Malaysia satu tempat yang menarik dan juga dari segi tarikan terhadap pelancong.



Terima kasih atas peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan terhadap Rang Undang-Undang Levi Pelapasan 2019.  Sekian, terima kasih.

No comments: